Dua Dunia..?
Tadi masa on the way balik dari kolej,dengar lagu Dua Dunia-Too phat feat. Siti..This is the second time dengar lagu tu..1st masa Anugerah Era..memang dah rasa best,tapi xla sempat menghayati lirik..personally,i think the lyric is so sweet..for me,its about not expressing any love feelings because of the differences between them and maybe gak ade sbb lain..ape yg besnye lagu ni..nak cite pasal one of my good friend..kitorang slalu borak2 pasal benda2 camni..dia selalu berpendapat kalau benda2 camni mmg kalau boleh dia nak buat bodo je..bukan pasal x suka ke ape..it is just that she thinks bukan masanye nak bercinta pada umur kitorang ni sbb katanye masih belajar..lebih2 lagi kalau sesama kawan seuniversiti..macam2 boleh timbul..x sumenye bahagia dan senang je..dia sendiri ade pengalaman tgk org yg rapat dengan dia suffer because of bende2 camni..study of course laa terganggu..yg dikendong tak dapat,yg dikejar berciciran..ecehceh..dan walaupun pada mulanya i dont agree with her sebab for me ramai je yg dapat handle dua2..setelah lama2 berdiskusi,rasenye mmg ape yg dia kate tu betul she managed to change my prespective..Kalau di tengok zaman sekarang ni,macam2 benda jadi hanya sbb ‘coupling’..bacalah ape2 majalah pun..sumer akan cakap pasal maksiat/zina yang dah tak terbendung kat malaysia ni..tu baru tmpt kita,tmpt org lain takyah la cakap..kadang2,bila dah ade orang yang kita sayang sangat2 ni,macam2 benda yg kononnya ‘janji tanak buat’..’ishh..gelilaa..adeke’ akan ter-dibuat..di kalangan kawan2 sendiri pun,takyah pegi jauh2..dan utk mengelakkan benda2 camni jadi kat diri sendiri..lagi elok jauhkan segala kemungkinan..lebih baik menghindar dari mengubati kan? takut plak kalau dah kronik,nak ubat pun takle lagi..eheh..kalau kita suka pada sesape pun atau sesapa pun suka kita,biarla benda tu just utk kita rase sendiri je..tak payah diucap or ditunjukkan..sekarang belum masanye..kalau da mmg jodoh,tgg jela kan..pada sape yg tak pernah dengar lagu ni,i’ve post the lyrics below…tryla dengar and hayati,k..tell me what u think..adios..salam
Dua Dunia
*Kau selalu di hati
tak ku dekati
dua dunia kita berbeza (2x)
Cinta itu buta
dan juga boleh membutakan
melukakan dan sukar untuk kita lupakan
Aku cinta padamu
(Aku cinta padamu)
hanyalah ungkapan
luahan yang jarang bermakna bila diucapkan
Ini pula cerita cinta sang pujangga
bukan arjuna sita
bukan cinta dan rangga
Mungkinkah khayalan akal mainan minda
Atau lamaran puitis
dengan hasrat yang indah
Kau selalu di hati
(Kau selalu di hati)
tidak ku dekati
sentiasa ada mata jahat yang memerhati
Tapi ku tak runsing
tidak mungkin rindu
ku pusing lihat wajahmu di setiap penjuru
Senyuman di kaca
kisah mu ku baca
Perjuangan kita sama duka mu ku rasa
(Perjuangan kita sama duka mu ku rasa)
Aku pasrah saja pada yang Esa
Kerna ku tahu (Kerna ku tahu dua dunia)
Dua dunia kita berbeza
repeat *
Suka di kala malam termimipi-mimpi
(termimipi-mimpi)
Rindu di kala siang mencari-cari
(mencari-cari)
Kasih sebenar tidak bertukar
tidak sebentar
walau dipisah lautan direnangi gelora
Dan kadangkala
hanyut bagaikan buah ara
malu sering bersua tapi jarang bersuara
Kenapa bercinta
jika kesudahannya pasrah
Kerana bila dilamun indahnya tidak terkata
Tersimpan hasrat
tiada siapa yang mengerti
Harapan menggunung sampai penghujung dinanti
Dipegangkan janji
tetap ratu di hati
Dengan izin tuhan kan bersama kapan hari pasti
Sabar menanti
Kesabaran diuji
Berdoa dalam sujud sejadah ditangisi
Aku pasrah saja pada yang Esa
Kerna ku tahu
Dua dunia kita berbeza
* repeat
Perjuangan seni kita tidak berpenghujung
Jangan tinggal batu bernama tak berpengunjung
Cabaran menikam
kau tidak pernah bermurung
Tetap tersenyum
walau kesedihan menyelubung
(walau kesedihan menyelubung)
Bukan rupa paras mu yang jadi ukuran
Atau suaramu yang jadi bahan tuturan
Ku bukan mahu hubungan tapi kejujuran
Hadiah sepatah dari mu satu kesyukuran
(sepatah dari mu satu kesyukuran)
Tapi bila bertentang mata
tidak terbentang kata
(Kata apa saja)
iya tapi tentang apa
(iya tapi tentang apa)
Wajah mu yang cantik
Manis lagi
Senyuman sepasti mentari timur tiap pagi
Realiti sukar diatasi
Tapi kesudahan indah harus bermula dengan fantasi
(Fantasi)
Ku rasa terhoyong-hayang
Antara dua dunia
(Antara dua dunia)
Biar khayalan ku melayang
(Biar khayalan ku melayang)